Thursday

Merangkak sebelum berjalan untuk terus berlari.

Selama aku hidup, aku tak pasti apa yang sebenarnya erti kehidupan. Ada yang kata ini, ada yang kata itu. Aku cuba kaitkan, satu-persatu. Kadang ada teorinya betul, praktikalnya tidak. Begitu juga sebaliknya.


Satu hari, aku bersendiri. Di celahan gelap sudut sepi, menelaah ke atas atap langit. Pelbagai persoalan, tiada jawapan pasti.


"Hidup ini ibarat roda berputar,"
"Air laut pasang surut,"
"Pelita yang menerangi dunia."


Dan sebagainya, perumpaan yang pelbagai dalam penggunaan yang berbeza. Tapi maksudnya seakan sama, cuma situasinya kadang berbeza. Kan?



Apa itu kehidupan?


Setengah orang bernasib baik, memiliki kehidupan yang dipanggil 'bahagia'. Sedangkan, setengah orang langsung tak tahu apa itu bahagia.


"Aku makan burger, kawan baik aku belanja. Bahagianya."
"Tadi mama bawak adik pergi jalan-jalan. Bahagianya."
"Ada awek cun tadi tu senyum-senyum kat aku, Bahaginya."


Apa kaitan kehidupan dengan bahagia?


Pernah tak terfikir, bila hidup inii sentiasa kosong dengan jiwa yang tiada. Jiwa yang macam mana? Jiwa yang sentiasa memahami bila berada di sesuatu keadaan. Keadaan yang bagaimana?


"Bila aku mengadap segala ciri keagamaan dan ketuhanan, aku berasa tenang."
"Ayah bagi nasihat tadi pasal adik buat silap, lepas tu adik rasa tenang ja."
"Dapat dengar suara isteri, alahai rasa tenang sangat-sangat."


Dan apa pula kaitannya dengan ketenangan?


Dalam kehidupan, yang aku nampak. Cuma ada 3 elemen ini saja yang sepatutnya wajib ada. Ada kehidupan, ada kebahagian dan ada ketenangan. Lengkap.


Habis tu, nak apa lagi?


Belajar untuk bersyukur dan terus bersyukur. Aku faham, kadang semua orang bersikap alpa. Tapi tak salah kalau kembali semula ke 'tempat' yang sepatutnya, kan?


Cuba menjadi yang terbaik hari ke hari, tuhan sayang orang tak pernah berputus asa apatah lagi sentiasa mengeluh dan merungut.



Wallahuallam.

4 comments:

Rtp Farra Arisha said...

hehe, dengan adanya kehidupan, terwujudlah juga kebahgiaan dan ketenangan! :) we could have all that, tapi dengan usahan diri sendiri tanpa bergantung harap pada sesiapa pun :)

wish you a happy nu year 2012.

hanaahmad said...

Hidup umpama kita selam laut dalam-dalam,
kita jengah kehidupan bersama ikan-ikan,
biar ombak kuat-kuat menentang,
kita tetap renangi dengan senyuman.

NIJ said...

biasalah
manusia selalu mgharapkan lebih dan lebih
padahal yg sudah dlm genggaman tu
sudah lebih dari org lain.
kan

Nur. said...

kalau kita bersyukur, insya Allah kita akan dapat rasa bahagia...