Wednesday

Konfiusi.

Kadang,

Aku sendiri tak tahu mana satu nak pilih yang paling tepat dan betul.


"Sayang aku kerana rupa dan harta, atau kerana hatinya."


Majoritinya nampak; rupa dan harta menjadi ukuran. Dan hatinya kelam sepatah haram langsung tak faham. Ada mata tapi buta hati, celik tapi rabun. Bila senang, memanglah senang. Bila susah, macam bumi retak seribu dicincang lumat.


Hati mana yang tak pedih, hati mana yang tak sedih.


Mungkin, sayang kerana celiknya hati antara dua itu lebih baik difahami daripada dipuji orang tapi serabut petir dalamnya diam sepi. Tapi, terpulanglah. Selesa mana yang satu, gagahkan. Kalau rasa tak mampu, cukup setakat yang memadai.


Sayang kerana rupa, sekelip mata boleh hilang. Sayang kerana hati, insyaAllah kekal. Allah itu maha mengetahui. Datanglah lawa secantik bidadari sekalipun, kalau hati itu tidak mencukupi untuk ditampung, cukuplah sekadar ada pencacai yang hina di mata orang tapi tidak di mata sendiri.

8 comments:

msredcheesecake said...

Sayg kerana sebab fizikal itu lebih mudah utk dinilai, lagi senang nak dikira.... Hati susah nak paham, nak nilai dan kira. Tupasal sayg kerana hati org dah malas nak layan...

Unknown said...

hati kekal slma nya jika ia dijadikan pilihan utama

Rtp Farra Arisha said...

wow, mesmerizing betul kata2nya! well, jangan pernah harapkan sesuatu yang indah khabar dari rupa, sebaliknya, need to be an experienced person yang mana boleh menilai dengan secara mendalam regarding to this matter...

teha said...

so , syg laa kerana hati.. :) rupa bkn kekal pon :)

Unknown said...

ermmm..biarlah rupa,harta dan nasab mnjadi pilihn slpas agama..

sahromnasrudin said...

taqwa...itulah yang membezakan kita sesama insan dengan Allah SWT

alia najiha said...

manusia sekarang selalu pandang pada rupa . tak fikir panjang . asal cantik itu jadi pilihan . tapi kalau hati ta sama cantik dengan rupa , ta guna jugak kan ? macam tada apa apa .
kan ? :)

ILA HonEyBuNNy said...

ya..syg kerana hati itu penting....

kalau paras rupa xkan kekal lama...;)