Monday

Langit masih tinggi.

Sudah menjadi fitrah antara lelaki dan perempuan wujud perasaan yang luar biasa nikmatnya.


Kadang, tanpa dipaksa pun dia datang secara sendirinya.
Kadang, dipaksa sangat pun langsung tak merasa apa sebenarnya nikmat itu.


Ini bukan saja pengalaman diri-sendiri, tapi semua orang pernah merasa apa yang aku rasa. Tak kiralah, sesongsang mana sekalipun, perasaan itu tetap akan ada.


Jika manusia fitrahnya percaya adanya kuasa besar itu sebagai tuhan, begitulah juga fitrahnya manusia percaya ada kewujudan cabang-cabangnya yang lain.


Cinta, misalnya.


Pernah ada boyfriend? Pernah ada girlfriend? Alahh. Tipulah tak pernah ada. Atau kau sememangnya tak pernah ada? Manusia apa kau ni.


"Noob-lah kau."


Gamak, ayat sekeji ini aku bagi. *Ketawa*


Aku pernah, bukan sekali dua, tapi banyak. Bukan aku lalui semua dalam satu perkara, tapi ianya berperingkat-peringkat. Yelahh, aku bukannya bernafsu binatang sekejap dengan ini, sekejap dengan yang itu. Gasaklah sangat. Kan?


Kadang, bahasa manusia ini terlalu tinggi. Aku faham macam ini, yang lain faham macam lain. Persefahaman antara dua dunia, bukannya senang. Kau gila, mana ada perempuan tahu apa yang lelaki tahu. Dan lelaki pun mana ada apa yang perempuan itu ada, betul kan?


Tak.. Sebenarnya ada. Siapa? Akulah. *ketawa*


Janganlah marah, aku saja bergurau. Sensitif sangatlah kau ni. Bertenanglah, baru macho and cool. Perrhh la eh kau, melebih!


Di mana kita tadi? Oh ya, fitrah.


Cuma ada satu dua nasihat aku berikan di sini. Pertama, niat. Kalau niat dari awal dah tak betul, berkatnya pun tak betullah. Jangan jahil sangat kalau balasannya setimpal apa yang tidak diharapkan. Awal-awal lagi pun dah silap sendiri, lagi dimarah orang lain. Lebih teruk, sekali dengan tuhan pun hendak disangkal takdir.


"Oww.. berat mung ni."


Sabar, sabar. Dengar sini. Manusia kalau bersifat baik antara satu sama lain, manusia inilah yang diangkat darjat tahap tertinggi dan disukai ramai. Sebab?


Ada tak orang suka orang yang berbuat onar di muka bumi ini, ada yang kau suka? Mestilah ada. Macho-lah katakan. Padahal, bila nak bersuami/isteri mahukan yang berustaz-ustazah. Seratus dalam satu pun, belum tentu ada. kalau ada pun, nasiblah. Kan?


Kedua, kepercayaan.


Memang susah kalau dari awal lagi semua nak bersangka buruk. Eh, apa kau ini hidupnya di lorong yang gelapkah?


"Asal balik saja mabuk, asal mabuk saja kau balik."


Sekali-sekala, apa salahnya bersifat optimis. Kalau ia pun, ia tidaklah seteruk mana yang disangka. Tahu kenapa kau ditinggal oleh ramai disekliling? Sebab inilah puncanya. Asal saja pendapat orang dihujah, kau bangkang. Semuanya tak kena. Perkara remeh pun dibesar-besarkan. Penyelesaian?


"Kita putus."


Sesenang ia datang, semudah ia pergi. Kan? Cubalah berubah. Bukan kau orang saja, aku pun sedang cuba belajar untuk berubah. Tuhan sendiri suka, bila ada hambanya mahukan perubahan yang lebih baik. Betul, kan?


Baiklah, dua saja isi ini aku bagi. Panjang lagi jika mahu dihurai, tapi biarlah setakat ini dahulu. Harap jelas apa yang aku sedang cuba sampaikan.



Tak salah kalau bertanya kalau mahukan jawapan, sebodoh mana pun kita masih ramai lagi yang bangang diam tak tahu tapi buat tahu.



:)

No comments: