Saturday

Memandang Langit Yang Sama.

Sepanjang aku hidup selama 2 dekad  setengah, banyak yang aku belajar. Dan aku bukanlah seorang yang keluar daripada rahim si ibu, terus diangkat sebagai raja dunia. Semuanya bermula daripada bawah sehinggalah ke tahap sekarang.




Perit, susah sukar semua aku dah rasa. Tapi, tidaklah semua jika dibandingkan dengan nasib orang lain yang lebih teruk. Bersyukur kepada tuhan, kerana Dia, masih buatkan aku mampu berdiri disamping sokongan orang sekeliling yang tak putus memberikan moral yang tinggi.

Bukanlah mudah, daripada seorang yang lain dari yang lain diterima oleh semua orang. Dan bahagian yang paling sukar ialah bagaimana caranya untuk disukai semua, bukan pada sesetengah orang.


Sakit, memang sakit. Bila kita bersama orang yang kita suka, kita gembira tapi bila ada yang mengeji, itu perkara yang diluar batasan akal. Tak semua perkara itu dapat memuaskan hati manusia yang lain. Sedih, sangat-sangat, kan?


Bukan aku tak cuba, aku cuba. Dan Alhamdulillah.


Semakin hari aku belajar, apa yang sepatutnya dan apa yang tidak. Apa yang dikritik, dijadikan pengajaran. Dan segala nasihat, tak kisahlah secara berhemah atau keras mana sekalipun, aku terima.


Yelah, manusia manalah yang pernah sempurna segala sifat. Jika cara nabi mendapat petunjuk daripada tuhan melalui malaikat yang menyampai, dan aku anggap orang-orang yang memberi teguran sebagai 'malaikat' yang mahukan aku untuk menjadi lebih baik, satu contoh kepada individu terbaik yang lain.


Ini bukanlah sesuatu perkara yang bersimpangan dengan ajaran agama tapi, pandang segala sudut positif. Dan aku rasa, sepatutnya kau yang membaca ini pun faham apa yang aku cuba sampaikan.


Mudah-mudahanlah, kan.


2 comments:

hanaahmad said...

semua yang berjaya pastinya bermula dari kegagalan dan aku percaya yang itu. teruskan usaha, jangan jadi kejayaan sebagai pengakhiran sebuah kehidupan. kita belum tahu apa yang akan terjadi di depan. ;)

ღKekupuLangitღ said...

Ya. Itu aku juga setuju. Sekali ada harapan, apa salahnya, kan? :)