Friday

Selagi boleh belajar, belajar.

Apa yang aku belajar pada hari ini, hidup ini jangan terlalu sangat bergantung pada orang lain. Bila terlalu sangat manja dengan diri-sendiri, esok-esok orang itu-itu dah tiada. Bagaimana?


"Saya dulu ada mak tapi dah lama mak meninggal.."
"Saya dulu ada teman hidup, sekarang dah tiada.."
"Saya dulu ada suami tapi sekarang dah bercerai.. "


Apa ini adalah tanda-tanda semua dunia yang dulunya itu sudah berakhir, meratap mengeluh merintih sehingga yang masih ada menunggu tiada. Begitu?


Memanglah. Masa sekarang, bukan akan datang. Bukan apa, manalah tahu secara tiba-tiba zon selesa ini-ini bertukar zon hitam. Mana tahu, kan?



Aku kadang pelik, dengan semua orang dan juga aku sendiri. Kalaulah tuhan kurniakan kaki untuk berdiri, berjalan dan berlari. Kenapa mesti manusia malas mahu berpusing roda maju ke hadapan tapi lupakan yang ke belakang?


Sedangkan, kita yang buat dia. Bukan dia yang buat kita. Susah nak faham situasi, kan?


Tak apalah. Hari ini masih tak dapat merasa, sekurangnya ini cuma gambaran awal. Bimbang, bila dah hilang tempat nak bergagau habis lumat pincang hidup tiada berdikari.

No comments: