Tuesday

Tak sepatutnya cari.

Kadang ramai yang mempertikai, "Eh, kenapa kau buat begini?" dan "Eh, kenapa tak buat begitu?"


Ikutkan baran, mahunya aku hayun seorang demi seorang. Bodoh, soalan boleh ditanya tapi jika tidak sepatutnya ditanya, jangan tanya. Padalah mana yang dibuat itu betul, pendapat sepatutnya sebelum buat bukan semasa buat atau selepas buat.


Ia sama, sedap mengorek lubang hidung di dalamnya ada bijih berlian. Tiba-tiba disuruh gali menggunakan cangkul daripada tangan. Aku rasa, memang silap hari bulan, arwah budak ni. Nasib baiklah aku ni baik. Baik kan? *senyum sinis.*



Pernah langsung terfikir, semasa di dalam kelas pensyarah atau guru sedang mengajar di depan disampuknya di belakang. "Eh, kenapa buat soalan bodoh ni? Tak dapat jawapan pun." Sedangkan jawapan satu-persatu dihurai tertera atas papan putih atau hitam berserta penyelesaian diselit kalkulator celahan ketiak.




Sama ada kau yang bangang atau soalan itu yang bangang. "Ehhhh...!!" Mestilah soalan itu yang bangang, kau kan pandai semuanya betul. (Ayat penyedap hati.)




Ada masa perlu bertanya, ada masa tak perlu langsung. Jangan malu kerana bodoh, jangan berani kerana memandai.

3 comments:

widiea azira said...

antara sesat dn malu, so sy akn slalu tya spya tak sesat..

Ct Aja said...

kadang2 soklan gitu merimaskan kan.....hihiihiiii

hanaahmad said...

*eh, kenapa buat rumah macam tu? keh3


kadang-kadang tiap dari kita memang suka bertanya soalan yang tidak-tidak. Perlu berfikir sebelum bertanya barangkali. ;)