Monday

Terbabas di selekoh.

Aku menulis untuk buat kamu semua faham, apa yang aku rasa dan apa yang aku belajar. Biar semua dapat merasa, apa yang aku alami pada satu-satu situasi agar semunya terbuka minda.


Tapi apakan daya,


Tak semua manusia itu ada otak yang akalnya kadang di kepala dan kadang di kepala lutut.


Aku bukannya mahu marah atau membebel buat orang benci, aku langsung tak kisah buat orang terasa. Cuma aku mahu menolong, buka minda si penjahil yang buta ilmu itu apa, ini apa. Tak semua perkara boleh dicerita dan dikongsi, begitu juga ada yang boleh menerima dan tidak kurang pula yang menolak.




Sama ada kau mahu terima atau tidak, itu bukanlah urusan aku. Anggap saja jika tuhan itu ada sebatang pen, dan aku adalah dakwatnya untuk menulis biar semua baca. Tarafku bukanlah seperti seorang nabi junjungan mulia tapi jika ada air jika diminum ketika dahaga, nikmatnya hanya tuhan saja yang tahu apa semahu-mahu sebenarnya.



Wallahualam..

No comments: