Thursday

Hipokrit jahanam.

Aku dah tak faham,

kenapa aku perlu berpura-pura baik sedangkan aku bukan orangnya yang macam itu.
Semata-mata nak jaga hati orang, hati aku sendiri yang sakit.

Untuk apa?

Aku buat itu salah, ini salah. Semuanya tak kena.
Habis, mana pergi betulnya?

Hendakkan boleh, mahu-mahu juga aku maki hamun habis kesemua.
Tapi, cuma tapi.
Takut maki tak sampai, kaki yang sampai dulu.

Pantang sungguh aku.

Friday

Sesat.

Selama aku hidup, apa yang aku tahu cuma pandang dan belajar. Falsafah hidup manusianya itu pelbagai. Otak bersepah dengan pegangan ideologi antara logik dan tidak.


Berpuluhan hidup, aku gemar kaji sikap manusia. Itu dan ini, kenapa begitu dan kenapa begini. Sehinggalah ke hari ini, aku sendiri tak faham siapa diriku sendiri.


"Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang sebenarnya aku mahukan? Hidup ini sebenarnya dunia apa?"


Persoalan demi persoalan, bertalu-talu memukul kepalaku. Aku binggung. Jiwa aku, untuk apa dan untuk siapa? Mahu diberontak, aku nafi persoalan satu-persatu masih belum terjawab.


Kadang aku mahu jadi seperti orang lain. Observasi landasan mereka pilih, semuanya menjadi. Tapi bila aku cuba ikut jalan yang sama, ia seakan tidak menjadi. Malah bertentangan apa yang sepatutnya terjadi. Hairan, aku hairan.


Mungkin betullah kata orang tua ku dulu,


"Kita tak mungkin dapat apa yang kita harapkan tapi kita mungkin dapat kalau kita terus berharapan tanpa berputus asa."


Walaupun ianya seakan jelik untuk diperkatakan, aku redha kalau jalan sukar ini aku pilih sementara jadi senang, aku bersedia menghadapi segala kemungkinan. InsyaAllah, kalau aku boleh, kamu juga pasti boleh. Mudah-mudahan tuhan sentiasa ada membantu kita.




Wednesday

Assalamualaikum.

Aku tak tahu mahu bermula dari mana, tak tahu nak terangkan ianya bagaimana. Sesungguhnya aku rasa bersyukur masih dapat bernafas sehinggalah sekarang, dan segala rahmat yang dinikmati sehinggalah ke hari ini banyak mengajar erti hidup sebenar-benarnya hidup, asalnya seperti bangkai bernyawa menunggu mati.


Kadang aku sedih, apa sudah terlalu lambat untuk aku berpatah balik ke masa lalu? Di mana sepatutnya daripada permulaan lagi sepatutnya aku buat tapi aku tak buat dan langsung tidak ambil peduli.


Sesungguh Allah, kadang aku terasa malu. Mengungkap kata-kata cinta kepada sebahagian makhluk-Mu walhal aku sendiri lupa kepada siapa harus aku bersyukur melainkan-Mu, ya tuhanku Allah s.w.t. Kadang aku sedih, selama beberapa tahun dulu, aku hidup dalam penuh sia-sia. Aku lupa.


"Kalau mahu memikat anaknya, kena tahu  ambil hati orang tuanya..."


Pernah dengar pepatah ini? Pernah, kan. dalam kaca televisyen pun ada.


Tapi apakah kita lupa, kalau mahu cinta yang betul-betul suci, kepada pencipta-Nya sudah dipenuhi atau belum? Ini adalah satu persoalan.
Jika masih belum, lupakan cinta-cinta lapuk kononnya lafaz janji setia entah ke mana.


Cuma kadang aku teringat pesan dari seorang guru semasa di bangku sekolah dulu.


"Sebelum nak buat apa-apa, tunaikan dulu mana yang wajib. Selepas tu nak buat apa pun, buatlah."


Dan aku rasa, aku sudah berada di fasa itu. InsyaAllah, jika masih diberi kesempatan. Aku cuba cari yang sehabis baik mungkin. Semoga penulisan bermula hari ini dan seterusnya, menulis dengan dengan perkara yang tidak sia-sia. InsyaAllah.


Terima kasih, Ya Allah dan kepada semua.

Monday

Baling batu, sorok tangan.

Aku percaya ramai di kalangan kita berani di belakang tapi tidak di hadapan.


Cuba bila saja tidak berpuas hati, cakap saja depan-depan. Bukannya susah, biar rasa ketidakpuasan hati itu sampai dan pesanan serta respon itu biar sama-sama dapat dan sama-sama puas hati. Selesai di situ.


Kalau dah tahu salah, tegurlah secara beradab dan cara yang betul. Bukan orang nak marah, sekurangnya bagi tahu mana yang kurang supaya orang sedar.


Bukan,


Ibarat tulis di dinding, kau nak bagi siapa baca? 
Ibarat kau cerita pada orang yang tak berkait, siapa yang nak dengar?
Ibarat kau cakap kau segalanya betul pada semua orang, entah iya entah tidak kau yang betul.


Cuba cakap secara berdepan dengan siapa orang yang kau bermasalah itu.
Tapi kalau dapat makan penumbuk depan-depan, bergantunglah.


Itu namanya respon kan..

Sunday

Kenapa kau suka dia?



Aku suka dia bukan sebab apa..?


Bukan sebab dia cantik atau tak cantik,
Bukan sebab dia comel atau comot,
Bukan sebab dia wangi atau busuk,
Bukan sebab dia gemuk atau kurus,
Bukan sebab dia kaya atau miskin,
Bukan sebab dia berkereta atau berbasikal,


Kesimpulannya, bukan sebab yang bercirikan fizikal dan harta duniawi.


Tapi sebab dia baik dan faham. Itu saja.

Monday

Buka kitab, rahsia tuhan.

"SubhanAllah."


Selama aku duduk bersimpuh di sini, aku rasa sudah memadai ilmu yang ada untuk diamal walaupun sejemput. Sekali-sekala berada di luar, barulah aku sedar. Ilmu itu masih luas untuk dilubuk satu-persatu.


Bukan sekadar saja ilmu dunia, mahupun akhirat rahsia segala petala langit alam semesta masih belum mampu dikopek meskipun aku mati meninggalkan jasad, roh itu sentiasa hidup selamanya. Alfatihah, sampai bila pun tak akan habis.


Oh akhirat, aku datang tanpa dijemput, pasti satu hari pengiringMu aku tunggu.

Saturday

Sentiasa bangsat.

Apabila suka melihat akan seseorang itu, walaupun sudah berulang-ulang kali berpengalaman dan diambil nota cara yang betul sekalipun.


Kesilapan ;



Pertama, menampakkan kebodohan secara nyata padahal tanpa niat dengan sengaja.

Kedua, mengeluarkan kata-kata manis dan gurauan yang terlampau ekstrimis mengundang kesilapan demi kesalahan.

Ketiga, merayu seperti manusia yang terdesak walhal semuanya itu adalah fitrah sementara.

Keempat, terlalu berharapan tinggi dan akhirnya kecundang dengan perasaan syok sendiri.

Kelima, menghasilkan ayat-ayat gampang jiwang sialan kononnya meraih simpati padahal bertambah benci.

Keenam, forever alone seperti sedia asal. Bhaha!


Berbeza apabila kasih diraih secara terdesak dengan bersantai setengah mati tiada siapa yang tahu, hati ini milik dia atau siapa untuk siapa. Cuma, kesilapan tadi diterbalik sebaliknya.

Mudah, kan? :)