Kadang aku sedih, apa sudah terlalu lambat untuk aku berpatah balik ke masa lalu? Di mana sepatutnya daripada permulaan lagi sepatutnya aku buat tapi aku tak buat dan langsung tidak ambil peduli.
Sesungguh Allah, kadang aku terasa malu. Mengungkap kata-kata cinta kepada sebahagian makhluk-Mu walhal aku sendiri lupa kepada siapa harus aku bersyukur melainkan-Mu, ya tuhanku Allah s.w.t. Kadang aku sedih, selama beberapa tahun dulu, aku hidup dalam penuh sia-sia. Aku lupa.
"Kalau mahu memikat anaknya, kena tahu ambil hati orang tuanya..."
Pernah dengar pepatah ini? Pernah, kan. dalam kaca televisyen pun ada.
Tapi apakah kita lupa, kalau mahu cinta yang betul-betul suci, kepada pencipta-Nya sudah dipenuhi atau belum? Ini adalah satu persoalan.
Jika masih belum, lupakan cinta-cinta lapuk kononnya lafaz janji setia entah ke mana.
Cuma kadang aku teringat pesan dari seorang guru semasa di bangku sekolah dulu.
"Sebelum nak buat apa-apa, tunaikan dulu mana yang wajib. Selepas tu nak buat apa pun, buatlah."
Dan aku rasa, aku sudah berada di fasa itu. InsyaAllah, jika masih diberi kesempatan. Aku cuba cari yang sehabis baik mungkin. Semoga penulisan bermula hari ini dan seterusnya, menulis dengan dengan perkara yang tidak sia-sia. InsyaAllah.
Terima kasih, Ya Allah dan kepada semua.
6 comments:
ya setuju...insya-Allah mendapat berkat dari Nya
moga-moga ada keberkatan untuk itu. semoga Tuhan merahmati kamu. ;)
dahulukan yang wajib,bru mendpt barakah atas setiap pekerjaan dilakukan
kerna yg pasti,yg leka pasti lupa penciptanya
menangkap ke dalam jiwa aku ini..
semoga ada y terbaik..insyaAllah....
wish u gud luck..usaha lebih lg.. Gambate kudasai.. :)
Post a Comment