Wednesday

Biratan Otak.

Aku cuba fahamkan dunia, tetapi ianya terlalu subjektif. Kalaulah, ada peluang jawapan secara objektif itu ada, tentu ia bukan satu perkara yang memberi masalah. Banyak lagi perkara yang perlu dihurai, satu-persatu perlu dibentang agar semuanya tahu.


Malangnya, aku sendiri pun tak tahu. Kadang persoalan itu melebihi daripada jawapan. Sukar, langsung aku tak faham.


Kadang aku merujuk dengan bahas kiasan bahasa si falsafah, lagilah aku tak faham. Seorang kata begini, seorang yang itu kata begini, dan begitu yang selainnya. Nampak?


Pandangan orang itu sendiri menjangkaui batas pemikiran masing-masing. Apatah lagi aku, berfalsampah tunggang terbalik mengharapkan orang. Bukannya aku malas, menyemak segala data dalam minda. Aku boleh.


Cuma, sejauh mana kau fahami dunia itu pastinya tidak seakan sama dengan duniaku. Itu saja jawapannya yang aku pasti.

9 comments:

Rtp Farra Arisha said...

the world definitions are all subjectives and no one could answer all properly melainkan apa yang berfungsi di dunia iaitu tanah, angin, api dan air!

widiea azira said...

kadang-kadang kita harus tetap pendirian.kadang-kadang kita perlu trima pandangan org

msredcheesecake said...

Dunia ni terlalu luas utk difahami sepenuhnya..... Perlu ke?

sahromnasrudin said...

dunia bukan utk difahami ttpi sbg bekalan untuk ke sana

adwafarahin said...

setiap manusia melihat perspektif dunia dengan cara berbeza. hanya hati dan akal sendri dapat mengawal apa yg kita ketahui :)

♥ Nana BamBam ♥ said...

dunia ini luas..kita kene mendalami satu persatu untuk memahami.

alia najiha said...

kalau na faham satu satu perangai orang . payah . semua orang berbeza pandangan . itu masing masing :)

teha said...

ssh nk faham dunia.. sbb terlalu bnyk yg kita kne fikirkan.. just enjoy ur life..:) hehe

Unknown said...

Hurm..apa tu maksud biratan otak hehehehee